Monday 7 September 2015

Bulan 9

Hai..
Sihat ke??
Macam mana dengan kelangsungan hidup?
Bahagia? Sakit? Sedih? Kecewa?
Apapun rencah rasa itu kehidupan harus diteruskan, betul tak?

Dalam tak sedar dah 7 hari masuk bulan 9 lagi 3 bulan nak masuk tahun baru
Setakat bulan 9 ini tiada perubahan pun yang berlaku dalam diari hidup aku
Sama sahaja
Masih mengharap kepada rezeki yang satu itu
Apapun akan indah pada waktunya nanti

Apapun teruskan hidup
Yang penting hidup..hahaha

By the way, aku jadi silent reader balik apabila aku menjengah blog blog yang menjadi kegemaran ketika aku singgah
Senyum sendiri baca coretan mereka semua sambil aku scroll ke ruangan komen

So sampai sini lah entry aku untuk bulan 9 nie
kalau rajin aku update lagi

Chaaaaawwwwww

Monday 13 July 2015

Miss USA 2015 is Olivia Jordan






















yahooo... my bet untuk pemenang Miss USA 2015 dah menang.. suka nya aku..haha
Apapun memang dia ini layak selayaknya menjadi pemenang pertandingan tersebut..
setiap round pertandingan dia nail it. swimsuit, eg and Q&A.
untuk pengetahuan korang semua, dia merupakan Miss United State World 2013 yang mana dia masuk top 20 dan juga 1st runner untuk Top Model. 
selain itu juga, ini adalah mahkota pertama untuk negerinya iaitu Oklahoma.
So Olivia i wish to you all the best for Miss Universe. 

Wednesday 24 June 2015

Permission denied

itu lah yang terjadi bila aku nak buka blog blog yang menjadi peneman setia aku dikala sunyi... hohoho

actually what happen erk?
anyone tahu kenapa?
dahlah banyak sambungan kisah kisah yang belum bersambung..
sedih pula..
haha

hahh
ni cheq nak habaq kat hang hang semua
nnt kalau privatekan blog invite lah cheq na
janji ok?
promise??
hehe

sampai dulu
chaww

Wednesday 17 June 2015

............................................

Hai semua...

Lama dah tinggalkan blog ini dan tak menulis segala catatan di sini
So apa khabar semua? Mr Nov? Unknown? Mr Numan? dan juga blogger yang lain lain rindu a ngan catatan korang semua
Jangan risau aku sentiasa update dengan korang punya penulisan.
Baru nak marathon baca coretan korang bermula ngan Mr Nov tadi
Seawalnya aku baca novel PLU kat blog lagi satu.. Best pula
Dia macam sambungan cerita cerita daripada novel dia yang terdahulu.

Apapun ini di sini aku nak mengucapkan
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA SEGALA AMAL IBADAH DIREDHAI DAN DITERIMA OLEHNYA

Nanti aku pergi ke blog korang korang ok
sampai jumpe nanti

selamat malam
salam sayang
Mike

Wednesday 8 April 2015

Terumbang Ambing

Hai semua..
Lama dah tak buat entry baru.
Ni buat pun sebab tak tau dah kat mana nak luahkan perasaan
Terseksa sangat dengan kehidupan yang terumbang ambing disebabkan karenah sesetengah manusia yang tidak memikirkan nasib orang.

Apa guna belajar pengkhususan pendidikan jika tidak berada di dalam sektor tersebut? apa guna masa 4 tahun jika orang lain yang mengambil tempat kami yang sememangnya perngkhususan pendidikan ini?

Seksa batin seksa raga seksa emosi seksa fizikal.
Semuanya terseksa..
Hendak berdoa, tiap tiap hari berserah kepadaNya
Tapi bila rezeki berada di tangan manusia dan bila dikatakan no vacancy, bermakna tiada lah tu tapi hal disebalik itu?? tak tahu kan?

Memikirkan masalah ini, sedih tengok orang tua yang dah mengeluarkan pelaburan sewaktu belajar dulu.
Tak sampai hati nak bagitau mereka pasal benda ni.

Ya ampun, sesak dada memikirkan semua ini.

Semoga mereka yang berkenaan bahagia lah.
Tak tahu lah doa ini tuhan dengar ke tak
sebab dah penat sangat berserah dan dengar tawakal

p/s bukan tak nak keje lain, tapi bila org tak nak terima untuk kerja sementara waktu lebih2 lagi aku yang pemegang pengkhususan pendidikan ini lagi orang tak nak terima disebabkan diarang fikir memang akan dipanggil jadi guru

STRESSSSSSSSSS GILERRRRRRRRR


Tuesday 10 March 2015

Bila Hati Berbicara

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta
Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan
Aku takut kehilangan teman yang aku sayang
Dan
Kehadiran kau memang tepat pada masanya

Aku tidak pasti sebenarnya!
Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu
Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.
Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar

Tetapi mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi…. Janganlah kau meninggalkan aku bersama sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu

Hanya mampu diungkapkan dengan madah dan kata-kata

Thursday 5 March 2015

ermmm

Hai...

Lemah jantung bila dah masukkan no Ic untuk semakan panggilan temu duga dan terpampang kat situ MAAF ANDA TIADA URUSAN DI SINI

Memang aku down giler giler lah dua hari ni..termasuk sekali kawan aku yang sama kos. Sampaikan semua benda yang aku buat semua tak berjalan ngan betul. Stress sangat sangat. 

Tapi itu lah realiti nya, nak kata tiada kekosongan pembohong, padahal sangat memerlukan. itu lah bila unjuran tidak telus dibuat.. konon kononnya..

Tapi apapun tetap yakin dengan rezeki dariNya.. bahawa akan dipanggil juga akhirnya untuk IV nanti.

********************

Chaww dulu
Macam nak mandi kat kolam je pepagi buta nie..
Stress..
Buenas Noches