Tuesday, 10 March 2015

Bila Hati Berbicara

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta
Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan
Aku takut kehilangan teman yang aku sayang
Dan
Kehadiran kau memang tepat pada masanya

Aku tidak pasti sebenarnya!
Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu
Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.
Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar

Tetapi mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi…. Janganlah kau meninggalkan aku bersama sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu

Hanya mampu diungkapkan dengan madah dan kata-kata

Thursday, 5 March 2015

ermmm

Hai...

Lemah jantung bila dah masukkan no Ic untuk semakan panggilan temu duga dan terpampang kat situ MAAF ANDA TIADA URUSAN DI SINI

Memang aku down giler giler lah dua hari ni..termasuk sekali kawan aku yang sama kos. Sampaikan semua benda yang aku buat semua tak berjalan ngan betul. Stress sangat sangat. 

Tapi itu lah realiti nya, nak kata tiada kekosongan pembohong, padahal sangat memerlukan. itu lah bila unjuran tidak telus dibuat.. konon kononnya..

Tapi apapun tetap yakin dengan rezeki dariNya.. bahawa akan dipanggil juga akhirnya untuk IV nanti.

********************

Chaww dulu
Macam nak mandi kat kolam je pepagi buta nie..
Stress..
Buenas Noches