Tuesday 10 March 2015

Bila Hati Berbicara

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta
Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan
Aku takut kehilangan teman yang aku sayang
Dan
Kehadiran kau memang tepat pada masanya

Aku tidak pasti sebenarnya!
Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu
Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.
Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar

Tetapi mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi…. Janganlah kau meninggalkan aku bersama sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu

Hanya mampu diungkapkan dengan madah dan kata-kata

6 comments:

  1. Jika benar cinta itu telah kau miliki, aku mohon kau jaga ia sebaik nya. Jangan ada insan ketiga. Kelak binasa semua rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak mudah untuk aku miliki cinta itu kerna sesungguhnya akan ada halangan dan rintangan yang menimpa dan aku lebih rela setian untaian kasih yang terbina menjadi elergi sepi di sebuah pohon camara =)

      Delete
    2. Waduh. terkesima aku. :') Hahaha

      Delete
    3. haha... motif Nov??hehehe

      Delete
  2. Are you in love ?
    Emmm nak tinggal Nu'man la tue.... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. no lah Mr Nu'man.. saya lebih suka single mingle..hehe.. ini hanya lah bicara hati =)

      Delete