Wednesday, 11 February 2015

Untitled

Hai semua..
Bersua kembali di ruangan maya ini.. actually aku tak tahu nak letak post title apa untuk entry aku kali ini sebab dalam kepala otak aku ini macam macam benda nak sharing dengan korang semua tapi non ilmiah lah..hehe

Mula-mula aku nak bercakap tentang self confident ok..
Yup, sebagai bekas pelajar U, self confident itu sangat penting dalam melakukan apa juga assignment mahupun presentation yang diberikan oleh pensyarah. Bagi aku tidak mudah untuk mendapatkan rasa keyakinan diri itu disebabkan tidak semua orang boleh ada rasa itu secara semula jadi nak nak lagi kalau harus buat presentation di hadapan khalayak ramai yang mana audien nya melebihi 100 orang pelajar tambah seorang pensyarah. Pernah satu ketika, aku buat pembentangan sorang sorang dihadapan menggunakan bahasa Inggeris untuk subject communication yang mana perlu menceritakan perihal 3 buah artikel, korang boleh bayangkan tak menggunakan BI, omg tuhan je tahu bagaimana perasaan aku ketika itu nak nak lagi semua member aku dah buat pembentangan mereka dan tinggal aku sahaja di antara member aku yang belum buat disebabkan beberapa kekangan. nak tak nak memang kena buat lagi parah kalau kena potong markah dan kena repeat paper, tak nak aku. at the end bedal je labu aku kata ngan member aku. and what guys, aku berjaya lakukan even tak berapa bagus..haha.. aku ingatkan diri aku pasal self confident dengan pertama tarik nafas, yang kedua gambate dan yang ketiga all out. dan sampai sekarang part yang tak boleh aku lupa pasal pembentangan tu adalah bila ditanya oleh lecterur 3 soalan.. 2 soalan of course lah aku boleh jawab soalan ketiga memang hancur lah sebab tak sabar nak habis dan tahap konfident aku pada masa tu dah nak menurun dengan lantang aku cakap macam ni " im sorry madam, i cannot answered your question and with those answer i will stop my presentation here, thank you madam". Aku ingatkan akan kena bahan lah, tapi nasib baik madam tu cakap ok then thank you.. Nampak tak kat situ, asalkan kita berusaha dan percaya pada diri, yakinlah korang self confident tu akan datang dengan sendirinya dan bedal lah apapun dengan gaya badan yang mampu menarik perhatian audien kita. Tapi sekarang aku kena lebih mendalami lah perihal ini sebab lepas ini akan menghadapi alam pekerjaan pula

Yang kedua aku nak kongsikan ialah penampilan
Actually aku baru habis baca Blog Mr NumaN, yup aku tertarik bila dia katakan dia yang sekarang bukan lah dia yang dulu.. Dia berubah mengikut peredaran masa sesuai dengan kehidupan yang dia lalui dan aku bersetuju dengan apa yang dia katakan siapa lagi yang nak mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang akan mengubah diri sendiri. Nak meratap tengok orang cantik menarik? tapi tak berusaha memang tak lah jadi cantik dan menarik macam orang itu nak nak lagi dalam dunia PLU ini. And yes aku yang sekarang tengah berusaha untuk mengubah semua itu bukan disebabkan nak mendapatkan pasangan ke apa (kalau itu terjadi kira bonus lah..haha) tapi disebabkan ingin mendapatkan kesempurnaan dalam kesihatan walaupun tiada yang sempurna (hahaha).. kalau korang baca pada post aku yang lepas lepas aku ada bagitahu aku ni jenis yang besar (taknak guna istilah itu walaupun benar kekadang mengguris perasaan, haha).. so aku dah nekad sejak bulan januari haritu aku akan menjadi aku yang baru, target aku penghujung bulan 5..hehe.. semangat harus cekal uoll..haha


So tu je lah yang aku nak kongsikan self confidence dengan penampilan
ingat ok SEMUA NYA HARUS BERMULA DARI KITA DULU JANGAN MENGHARAPKAN PADA ORANG LAIN JIKA INGIN MENDAPATKAN SESUATU.. akan lebih bahagia kerana ia adalah hasil usaha kita


until we meet again
muahhhhhhhhhhhhhhhh
chawwwwwwwwwwww
buenas tardes

6 comments:

  1. Nanti tunjuk pic sebelum dengan selepas tau ..
    Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak komen apa..semoga berjaya jadi sado..hehe

    selamat berkenalan..1st time komen dalam blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sado? haha.. tunggu bulan 12 pula ye..

      selamat berkenalan Kamen.. :) tq sudi singgah kat blog yang tak ilmiah ini..hehe

      Delete
  3. Lecturer kau kira baik lah. Mengingat kan aku time present about TNB companies background. Lecturer aku tnya soalan suruh aku explained pasal MRCB (sub companies). Aku dengan angkuh nya menjawab. " Sorry i haven't heard about that company as my presentation is all about TNB" bagi aku tone suara tu normal. Tapi most classmate aku cakap macam nak bergaduh dengan lecturer. Afterwards aku kena mark. Sedeh gila. Dia bagi score aku low nasib baik tak fail kan aku. Ni semua gara2 over confident. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooww mr Nov.. tq sudah singgah..haha..

      yup.. dia kira baiknya lah.. last last dapat b-

      n maka dengan itu hancurlah pointer sem itu..haha

      Delete