Hai semua,
Tetiba terdetik hati nak buat entry baru selepas 2 hari lepas. Nampakkan tajuk di atas? Pasal agama.
Sebenarnya ni aku baru habis baca komen komen aku kat semua blog yang aku baca kot kot penulis dia balas aku punya komen then aku balas lagi komen kat situ. So memang aku akan tinggal komen lepas baca blog diarang, then kalau aku rasa aku tak mampu nak bagi komen aku duduk diam then tunggu next entry pula
Ok berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya kan tersentuh juga lah aku sebab aku baca apa yang Mr Nu'Man balas time aku tinggalkan komen kat entry terbaru dia. Hehe, Sebenarnya pernah terdetik untuk aku mendalami seagama Islam ini kerana
i. aku berkawan dengan banyak kawan islam
ii. aku dikelilingi kawasan kejiranan yang beragama islam
iii. dan paling penting Sejarah Islam itu sendiri, macam mana disebarkan
Pernah satu ketika sebelum aku melanjutkan pelajaran ini, persekitaran ini membuatkan hidup aku tenang contohnya ketika bangun subuh, untuk pergi ke sekolah secara automatik apabila azan berbunyi around 5.30 takpun 5.45 pagi, aku akan terbangun dan duduk sambil dengar azan tu berkumandang dan tenang rasanya. Begitu juga kalau aku dengar azan zohor asar magrib dan isyak, kalau tengah buat keja takpun tengah dengar lagu aku akan offkan semua player dan aku tunggu sampai azan tersebut habis, memang diakui sangat sangat tenang.
Lepas aku masuk U, sem satu ada satu tajuk major aku akhlak islam, yes aku mempelajari akhlak islam itu apa sehinggakan aku membeli translated alQuran untuk aku memahami apa itu Islam. kemudian aku rasa macam tak layak je simpan translated tu aku sedekahkan kat akak senior.. kalau tak silap aku nama translted al Quran AL Karim.. kalau tak silap lah.. aku beli dengan prof yang ajar.. gigih kan..
Tapi itu semua tinggal cerita aku yang manis lah sebabnya aku mula berfikir dengan sedalam dalam aku tidak mampu untuk menjadi saudara yang sempurna. so sekarang aku menjalani hidup aku dengan lebih flexible lagi. Aku menggabungkan kedua dua nya sekali dalam kehidupan aku. RC and Islam. aku masih mencari kesempuraan dalam hidup aku. Aku tetap menghormati agama aku dan agama Islam juga kerana pada aku ada perkaitan yang amat mendalam. Kalau aku tidur lambat dan mendengar azan subuh berkumandang aku tunggu azan tu habis baru aku tidur begitu juga sebalik..
Semoga nanti dapat menemui jalan yang diredhai Tuhan :)
(merindui semua kenangan dengan semua member yang pernah aku kenali)
*************************
ok sampai kat sini je k..
sayang semuanya
muahhhhh
chawww
Buenas Tardes
Semoga anda menemui jalan kebahagian abadi. i know one fine day you will. :)
ReplyDeleteP/s: Entry Nu'man selalu memberi inspirasi kepada community like us. #terharu
kan... sangat sangat bererti entry dia :)
DeleteSaya mula baca Quran (untuk memahami) dalam 3 tahun lepas.
ReplyDeleteSelepas tu saya baca juga Old testament (Five book of Moses)
After that, saya ada baca New Testament ... (tak abes)
Saya rasa perjalanan menuju Tuhan nie ibarat satu spiritual journey yang kita kena ambik initiative. Hidayah itu takkan datang dengan tiba2 dengan cara mistik. Dalam Quran, Tuhan cakap, 'remember Me and I will remember you'
Saya doakan awak berjumpa apa yang awak cari. Walau kita berbeza sekalipon, I will never judge you. :p
thanks dude :) im appreciated that kind of word :)
Deletesejuk hati tengok saudara berlainan agama cuba untuk mendalami Islam..
ReplyDeleteitu lah saya kamen.. saya lebih suka mendalami daripada menghakimi terus :)
DeleteSemoga hidayah dekat dengan kau ya... 😉😉
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segalanya untuk aku Herr =)
Delete