Sunday 8 February 2015

Dormitory 2

Hai Hai Hai semua.. apa khabar? semoga semuanya sihat sejahtera lah ye:)
Kita sambung balik ok dengan cerita pasal asrama aku hari tu.. dah sedia? ok ready set go

*****************************************************************
Pada tahun kedua aku di asrama iaitu tahun 1998 (darjah 2) aku mula menonjolkan diri baik dari segi sahsiah dan juga akademik dan tiada perkataan malu untuk aku sembunyikan kerana cukuplah satu tahun aku menyelami kehidupan asrama dan dah tiba masanya untuk aku mengorak langkah..hahaha

Aku mula berkawan dan bergaul dengan geng geng Iban yang lain yang datangnya jauh dari kampung aku. Dan aku memang tiada niat untuk berkawan hanya untuk melihat benda itu kerana abang senior tu dah masuk ke tingkatan 1 kalau tak habislah jahanam aku pada waktu itu entah entah dah lobos..hahaha..

Ok dari situ aku mula berkenalan dengan macam-macam ragam manusia untuk dibuat kawan dan jujur aku katakan pada tahun kedua itu merupakan tahun yang begitu bersih kerana tiada kejadian seperti tahun sebelumnya kerana abang abang masa tu bukan abang abang yang tahap kegilaannya melampau. Dan untuk pengetahuan korang, abang abang pada tahun itu sangat sangat lah menghormati kami yang adik adik ini. Jadinya memang tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku lah.

Kalau perkara naked, half naked tu biasalah dah namanya budak lelaki kan.. semua open macam tu je.. termasuk lah aku tapi tak sampai naked ok.. half je..haha.. dan perkara ini berlarutan sampai tahun 1998 tu habis.. so memang tak ada perkara yang tidak normal berlaku pada aku..hehe..

Dan pada tahun itu juga aku mula minat ngan penyanyi no.1 Malaysia Siti Nurhaliza dengan lagu dia Wajah Kekasih dan juga Ziana Zain Puncak Kasih.. Tiap kali malam lepas study kat dewan makan aku and the geng geng akan nyanyi lah lagu.. of coz aku lah lebih sikit.. memang kecoh lah satu asrama tu.. lupa pula nak mention aku duduk Asrama A..hehe.. sampaikan pada satu tahap kena pukul kat betis sebab bising sangat..haha.. but itu tidak habis kat situ balik balik lagu tu juga dan juga lagu kumpulan Spoon tangkap leleh beb.. Lagu Noraniza Idris.. bedal je semua lagu then nyanyi buat ala ala konsert. Budak darjah 2 bila dibawa oleh geng geng yang tua setahun dua memang akan gila gila macam aku lah..hehe.. semua orang buat aku ikut.. tak tau takut masa tu..hehe..

Sampailah sekarang kalau aku cerita dengan member member aku yang lain masih boleh tergelak sampai sakit perut betapa lama long term memory aku ni berfungsi.. perkara ini berlaku almost 17 tahun tapi disebabkan kenangan yang indah jadinya dia tetap akan utuh dan kekal kat situ.. sesungguhnya merindui kehidupan semasa kanak kanak aku.. kalau boleh nak je kembali ke tahun itu..hehe.. tapi apa boleh buat.. masa berjalan dan terus berjalan dan beredar tanpa kita perlu minta untuk behenti.

*****************************************************************
Ok sampai di sini dulu ok.. sorry lah kalau part 2 pasal asrama ini boring..hehe.. nanti aku kisahkan part yang terakhir ok.. Dormitory 3 n 4.. aku rangkupkan sekali ok..

Hint : Cinta Tiga Segi..hahaha dan Aku bahagia
****************************************************************

Adios and Chawwwwwwwwwwwwwwww
Buenas Tardes
Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

2 comments:

  1. Agi idup agi ngelaban. Aummm sangat dengan orang Iban. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mesti baca ungkapan tu kat buku sejarah kan Mr NumaN pasal rentap..hehe.. aum juga ngan orang Melayu terutama mat klte..hehe.. taste gitu..hehe

      Delete