Monday, 7 September 2015

Bulan 9

Hai..
Sihat ke??
Macam mana dengan kelangsungan hidup?
Bahagia? Sakit? Sedih? Kecewa?
Apapun rencah rasa itu kehidupan harus diteruskan, betul tak?

Dalam tak sedar dah 7 hari masuk bulan 9 lagi 3 bulan nak masuk tahun baru
Setakat bulan 9 ini tiada perubahan pun yang berlaku dalam diari hidup aku
Sama sahaja
Masih mengharap kepada rezeki yang satu itu
Apapun akan indah pada waktunya nanti

Apapun teruskan hidup
Yang penting hidup..hahaha

By the way, aku jadi silent reader balik apabila aku menjengah blog blog yang menjadi kegemaran ketika aku singgah
Senyum sendiri baca coretan mereka semua sambil aku scroll ke ruangan komen

So sampai sini lah entry aku untuk bulan 9 nie
kalau rajin aku update lagi

Chaaaaawwwwww

Monday, 13 July 2015

Miss USA 2015 is Olivia Jordan






















yahooo... my bet untuk pemenang Miss USA 2015 dah menang.. suka nya aku..haha
Apapun memang dia ini layak selayaknya menjadi pemenang pertandingan tersebut..
setiap round pertandingan dia nail it. swimsuit, eg and Q&A.
untuk pengetahuan korang semua, dia merupakan Miss United State World 2013 yang mana dia masuk top 20 dan juga 1st runner untuk Top Model. 
selain itu juga, ini adalah mahkota pertama untuk negerinya iaitu Oklahoma.
So Olivia i wish to you all the best for Miss Universe. 

Wednesday, 24 June 2015

Permission denied

itu lah yang terjadi bila aku nak buka blog blog yang menjadi peneman setia aku dikala sunyi... hohoho

actually what happen erk?
anyone tahu kenapa?
dahlah banyak sambungan kisah kisah yang belum bersambung..
sedih pula..
haha

hahh
ni cheq nak habaq kat hang hang semua
nnt kalau privatekan blog invite lah cheq na
janji ok?
promise??
hehe

sampai dulu
chaww

Wednesday, 17 June 2015

............................................

Hai semua...

Lama dah tinggalkan blog ini dan tak menulis segala catatan di sini
So apa khabar semua? Mr Nov? Unknown? Mr Numan? dan juga blogger yang lain lain rindu a ngan catatan korang semua
Jangan risau aku sentiasa update dengan korang punya penulisan.
Baru nak marathon baca coretan korang bermula ngan Mr Nov tadi
Seawalnya aku baca novel PLU kat blog lagi satu.. Best pula
Dia macam sambungan cerita cerita daripada novel dia yang terdahulu.

Apapun ini di sini aku nak mengucapkan
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA SEGALA AMAL IBADAH DIREDHAI DAN DITERIMA OLEHNYA

Nanti aku pergi ke blog korang korang ok
sampai jumpe nanti

selamat malam
salam sayang
Mike

Wednesday, 8 April 2015

Terumbang Ambing

Hai semua..
Lama dah tak buat entry baru.
Ni buat pun sebab tak tau dah kat mana nak luahkan perasaan
Terseksa sangat dengan kehidupan yang terumbang ambing disebabkan karenah sesetengah manusia yang tidak memikirkan nasib orang.

Apa guna belajar pengkhususan pendidikan jika tidak berada di dalam sektor tersebut? apa guna masa 4 tahun jika orang lain yang mengambil tempat kami yang sememangnya perngkhususan pendidikan ini?

Seksa batin seksa raga seksa emosi seksa fizikal.
Semuanya terseksa..
Hendak berdoa, tiap tiap hari berserah kepadaNya
Tapi bila rezeki berada di tangan manusia dan bila dikatakan no vacancy, bermakna tiada lah tu tapi hal disebalik itu?? tak tahu kan?

Memikirkan masalah ini, sedih tengok orang tua yang dah mengeluarkan pelaburan sewaktu belajar dulu.
Tak sampai hati nak bagitau mereka pasal benda ni.

Ya ampun, sesak dada memikirkan semua ini.

Semoga mereka yang berkenaan bahagia lah.
Tak tahu lah doa ini tuhan dengar ke tak
sebab dah penat sangat berserah dan dengar tawakal

p/s bukan tak nak keje lain, tapi bila org tak nak terima untuk kerja sementara waktu lebih2 lagi aku yang pemegang pengkhususan pendidikan ini lagi orang tak nak terima disebabkan diarang fikir memang akan dipanggil jadi guru

STRESSSSSSSSSS GILERRRRRRRRR


Tuesday, 10 March 2015

Bila Hati Berbicara

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta
Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan
Aku takut kehilangan teman yang aku sayang
Dan
Kehadiran kau memang tepat pada masanya

Aku tidak pasti sebenarnya!
Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu
Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.
Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar

Tetapi mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi…. Janganlah kau meninggalkan aku bersama sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu

Hanya mampu diungkapkan dengan madah dan kata-kata

Thursday, 5 March 2015

ermmm

Hai...

Lemah jantung bila dah masukkan no Ic untuk semakan panggilan temu duga dan terpampang kat situ MAAF ANDA TIADA URUSAN DI SINI

Memang aku down giler giler lah dua hari ni..termasuk sekali kawan aku yang sama kos. Sampaikan semua benda yang aku buat semua tak berjalan ngan betul. Stress sangat sangat. 

Tapi itu lah realiti nya, nak kata tiada kekosongan pembohong, padahal sangat memerlukan. itu lah bila unjuran tidak telus dibuat.. konon kononnya..

Tapi apapun tetap yakin dengan rezeki dariNya.. bahawa akan dipanggil juga akhirnya untuk IV nanti.

********************

Chaww dulu
Macam nak mandi kat kolam je pepagi buta nie..
Stress..
Buenas Noches

Friday, 27 February 2015

Agama

Hai semua,

Tetiba terdetik hati nak buat entry baru selepas 2 hari lepas. Nampakkan tajuk di atas? Pasal agama.
Sebenarnya ni aku baru habis baca komen komen aku kat semua blog yang aku baca kot kot penulis dia balas aku punya komen then aku balas lagi komen kat situ. So memang aku akan tinggal komen lepas baca blog diarang, then kalau aku rasa aku tak mampu nak bagi komen aku duduk diam then tunggu next entry pula

Ok berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya kan tersentuh juga lah aku sebab aku baca apa yang Mr Nu'Man balas time aku tinggalkan komen kat entry terbaru dia. Hehe, Sebenarnya pernah terdetik untuk aku mendalami seagama Islam ini kerana
i. aku berkawan dengan banyak kawan islam
ii. aku dikelilingi kawasan kejiranan yang beragama islam
iii. dan paling penting Sejarah Islam itu sendiri, macam mana disebarkan

Pernah satu ketika sebelum aku melanjutkan pelajaran ini, persekitaran ini membuatkan hidup aku tenang contohnya ketika bangun subuh, untuk pergi ke sekolah secara automatik apabila azan berbunyi around 5.30 takpun 5.45 pagi, aku akan terbangun dan duduk sambil dengar azan tu berkumandang dan tenang rasanya.  Begitu juga kalau aku dengar azan zohor asar magrib dan isyak, kalau tengah buat keja takpun tengah dengar lagu aku akan offkan semua player dan aku tunggu sampai azan tersebut habis, memang diakui sangat sangat tenang.

Lepas aku masuk U, sem satu ada satu tajuk major aku akhlak islam, yes aku mempelajari akhlak islam itu apa sehinggakan aku membeli translated alQuran untuk aku memahami apa itu Islam. kemudian aku rasa macam tak layak je simpan translated tu aku sedekahkan kat akak senior.. kalau tak silap aku nama translted al Quran AL Karim.. kalau tak silap lah.. aku beli dengan prof yang ajar.. gigih kan..

Tapi itu semua tinggal cerita aku yang manis lah sebabnya aku mula berfikir dengan sedalam dalam aku tidak mampu untuk menjadi saudara yang sempurna. so sekarang aku menjalani hidup aku dengan lebih flexible lagi. Aku menggabungkan kedua dua nya sekali dalam kehidupan aku. RC and Islam. aku masih mencari kesempuraan dalam hidup aku. Aku tetap menghormati agama aku dan agama Islam juga kerana pada aku ada perkaitan yang amat mendalam. Kalau aku tidur lambat dan mendengar azan subuh berkumandang aku tunggu azan tu habis baru aku tidur begitu juga sebalik..

Semoga nanti dapat menemui jalan yang diredhai Tuhan  :)
(merindui semua kenangan dengan semua member yang pernah aku kenali)

*************************

ok sampai kat sini je k..
sayang semuanya
muahhhhh
chawww
Buenas Tardes

Wednesday, 25 February 2015

IV

Hai semua.. Happy CNY k... Takpe kan lambat wish, janji aku wish..hehe

**********************************

Sekarang ni aku tengah sibuk buat preparation untuk satu temuduga ini walaupun tarikhnya belum tahu bila..

Baju kameja dah ada untuk interview tersebut pilihan colour of course lah my favorite colour. Kemeja pilihan warna putih (warna selamat) warna maroon (sebab dia gelap) dan warna biru (aku suka colour ni, mendamaikan) dan salah satu akan dijadikan tema dan akan dipakai nanti.

Necktie warna hitam tak pun warna maroon juga.. simple kan.. itulah aku..hehe

Seluar warna hitam, stokin pun hitam, kasut pun hitam dan panties juga hitam sebab warna hitam warna yang paling aku suka..hahaha..Settle bab pakaian dan kelengkapannya itu.

semua sijil sijil original dah disusun begitu juga ngan yang photostat semua sudah disahkan sebulan yang lepas walaupun tarikhnya belum tahu.. advance kan.. bukan apa, tak nak buat keje last last minit nanti kelam kabut lagipun proses mengecop tu kena ikut masa orang takkan kena ikut masa kita kan.. tapi nasib baiklah aunty aku yang copkan..hahaha
 
Yang terpenting dan  tengah buat aku pening sekarang ni ialah mood aku untuk baca apa yang patut tu serunya tak sampai lagi. walhal bukan sikit nak dibaca,, pasal sejarah pendidikan di Malaysia, FPK, FPN, FPG, PPSMI, PT3,PBS, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2016-2025, SPP, teori pembelajaran lagi.. dan paling penting berkenaan major aku.. ayooooooooooo.... fuhhhhhhhhhhhhh.. 

Apapun tetap harus lulus IV tu nnt sebab hutang dah keliling pinggang almaklumlah bukan 1st class punya degree so kena bayar lah pinjaman tu...hoho. Kalau tak kena blacklist aku nanti tak boleh lah keluar negara, tak gitu? hahaha

****************************************************

Oklah sampai sini je aku punya entry kali ni k,,
wish me luck untuk iv tu nanti..
sayang semuanya (jelas dgr lagu kat blog blog ni,hehe)
chaaaaaaaawwww
muahhhhhh
Buenas tardes

Tuesday, 17 February 2015

Madah

Satu ketika dulu aku pernah memberikan kata kata ini kepada dia..

Sayang…
Ungkapan yang sesuai buatmu ihklas dariku
Kau Yang Satu di hatiku
Saat Cinta kita mula Bersemi
Di mana
Senafas Cintamu telah menjadi milikku
Dan itu menjadi
Impian Terindah kita dan ia menjadi
Pelabuhan Kasihku
Setulus Janjiku padamu dan
Ta’kan ku biar kita Sepi Tanpa Cinta kerna
akan ku buat Lakaran Kasih buatmu
bersama samanya akan ku selimut Kabus Kasih kita
ketika saat kau memulakan Bicara Hati dan
di sini Janjiku Bersamu sambil membawa pergi
Kasih Yang Suci di antara kita dan
Rela Ku Menanti dirimu sayang
agar Gelora Jiwaku menjadi Semusim Rindumu
kerna ku tahu Kau Hanya Untukku

Tapi sayang sekarang hanya tinggal kenangan
Bila malam menerpa aku teringat kembali setiap madah madah yang aku pernah bagi kat dia
Walauapun berlaku dan di mana pun dia, aku ucapkan selamat berbahagia

******************************************************************************************

Hidup perlu diteruskan
Walau sepahit hempedu semanis madu
Melangkah beringan detikan waktu yang sentiasa mengalunkan iramanya
Jangan pernah untuk berputus asa
kerna akan indah pada waktunya

******************************************************************************************

Chawwwwwwwwww dulu
Saranghaeyo
Buenas tardes
muahhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, 14 February 2015

Valentine's

Hai.. we meet again guys..

Yup.. today is the day.. 14th of February. Valentine Day. And Happy Valentines to all of you who's celebrate the day..  and as for me, im just give them the wishes via phone n just that n no more than that. 

What i'm doing today is just watching movie and get come tears. How funny me, just because the movie i'm tear.. silly me.. maybe u all ingat propa but that is the truth. and the movie make me cry most is Prayers For Bobby. Gost.. im so touched.. im speechless with the movie.. can u imagine if you in the Bobby situation, your family knew that you're a homo then can't accepted who you are and at the end, you have to kill yourself. so i suggest to all of you to watch that movie ok.. it will telling us about love, family relationship, and some part of christianity view for being homo..


Semoga korang tonton ye..


*****************************************************

Pukul 22.15, tengah layan lagu di blog Mr NumaN tajuk dia Thinking Out Loud.. Lirik lagu tu sungguh romantic dan sangat tangkap leleh. kalau lah aku tengah dinner with someone, maybe aku akan nyanyikan lagu tu untuk dia.hahaha.. such a lovely song. Tq Mr NumaN for sharing the song. 

******************************************************

Hati Tiada siapa yang mampu menduga
Andai diberi pilihan untuk memilih, aku pilih untuk tidak memilih sesiapa, tidak mencrush sesiapa kerana pada akhirnya hati juga yang retak
Hati 

*****************************************************

Nite
Chawwwwwwwwwwwwwwww
Muahhhhhhhhhhh
Buenas Noches 

Wednesday, 11 February 2015

Untitled

Hai semua..
Bersua kembali di ruangan maya ini.. actually aku tak tahu nak letak post title apa untuk entry aku kali ini sebab dalam kepala otak aku ini macam macam benda nak sharing dengan korang semua tapi non ilmiah lah..hehe

Mula-mula aku nak bercakap tentang self confident ok..
Yup, sebagai bekas pelajar U, self confident itu sangat penting dalam melakukan apa juga assignment mahupun presentation yang diberikan oleh pensyarah. Bagi aku tidak mudah untuk mendapatkan rasa keyakinan diri itu disebabkan tidak semua orang boleh ada rasa itu secara semula jadi nak nak lagi kalau harus buat presentation di hadapan khalayak ramai yang mana audien nya melebihi 100 orang pelajar tambah seorang pensyarah. Pernah satu ketika, aku buat pembentangan sorang sorang dihadapan menggunakan bahasa Inggeris untuk subject communication yang mana perlu menceritakan perihal 3 buah artikel, korang boleh bayangkan tak menggunakan BI, omg tuhan je tahu bagaimana perasaan aku ketika itu nak nak lagi semua member aku dah buat pembentangan mereka dan tinggal aku sahaja di antara member aku yang belum buat disebabkan beberapa kekangan. nak tak nak memang kena buat lagi parah kalau kena potong markah dan kena repeat paper, tak nak aku. at the end bedal je labu aku kata ngan member aku. and what guys, aku berjaya lakukan even tak berapa bagus..haha.. aku ingatkan diri aku pasal self confident dengan pertama tarik nafas, yang kedua gambate dan yang ketiga all out. dan sampai sekarang part yang tak boleh aku lupa pasal pembentangan tu adalah bila ditanya oleh lecterur 3 soalan.. 2 soalan of course lah aku boleh jawab soalan ketiga memang hancur lah sebab tak sabar nak habis dan tahap konfident aku pada masa tu dah nak menurun dengan lantang aku cakap macam ni " im sorry madam, i cannot answered your question and with those answer i will stop my presentation here, thank you madam". Aku ingatkan akan kena bahan lah, tapi nasib baik madam tu cakap ok then thank you.. Nampak tak kat situ, asalkan kita berusaha dan percaya pada diri, yakinlah korang self confident tu akan datang dengan sendirinya dan bedal lah apapun dengan gaya badan yang mampu menarik perhatian audien kita. Tapi sekarang aku kena lebih mendalami lah perihal ini sebab lepas ini akan menghadapi alam pekerjaan pula

Yang kedua aku nak kongsikan ialah penampilan
Actually aku baru habis baca Blog Mr NumaN, yup aku tertarik bila dia katakan dia yang sekarang bukan lah dia yang dulu.. Dia berubah mengikut peredaran masa sesuai dengan kehidupan yang dia lalui dan aku bersetuju dengan apa yang dia katakan siapa lagi yang nak mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang akan mengubah diri sendiri. Nak meratap tengok orang cantik menarik? tapi tak berusaha memang tak lah jadi cantik dan menarik macam orang itu nak nak lagi dalam dunia PLU ini. And yes aku yang sekarang tengah berusaha untuk mengubah semua itu bukan disebabkan nak mendapatkan pasangan ke apa (kalau itu terjadi kira bonus lah..haha) tapi disebabkan ingin mendapatkan kesempurnaan dalam kesihatan walaupun tiada yang sempurna (hahaha).. kalau korang baca pada post aku yang lepas lepas aku ada bagitahu aku ni jenis yang besar (taknak guna istilah itu walaupun benar kekadang mengguris perasaan, haha).. so aku dah nekad sejak bulan januari haritu aku akan menjadi aku yang baru, target aku penghujung bulan 5..hehe.. semangat harus cekal uoll..haha


So tu je lah yang aku nak kongsikan self confidence dengan penampilan
ingat ok SEMUA NYA HARUS BERMULA DARI KITA DULU JANGAN MENGHARAPKAN PADA ORANG LAIN JIKA INGIN MENDAPATKAN SESUATU.. akan lebih bahagia kerana ia adalah hasil usaha kita


until we meet again
muahhhhhhhhhhhhhhhh
chawwwwwwwwwwww
buenas tardes

Sunday, 8 February 2015

Dormitory 2

Hai Hai Hai semua.. apa khabar? semoga semuanya sihat sejahtera lah ye:)
Kita sambung balik ok dengan cerita pasal asrama aku hari tu.. dah sedia? ok ready set go

*****************************************************************
Pada tahun kedua aku di asrama iaitu tahun 1998 (darjah 2) aku mula menonjolkan diri baik dari segi sahsiah dan juga akademik dan tiada perkataan malu untuk aku sembunyikan kerana cukuplah satu tahun aku menyelami kehidupan asrama dan dah tiba masanya untuk aku mengorak langkah..hahaha

Aku mula berkawan dan bergaul dengan geng geng Iban yang lain yang datangnya jauh dari kampung aku. Dan aku memang tiada niat untuk berkawan hanya untuk melihat benda itu kerana abang senior tu dah masuk ke tingkatan 1 kalau tak habislah jahanam aku pada waktu itu entah entah dah lobos..hahaha..

Ok dari situ aku mula berkenalan dengan macam-macam ragam manusia untuk dibuat kawan dan jujur aku katakan pada tahun kedua itu merupakan tahun yang begitu bersih kerana tiada kejadian seperti tahun sebelumnya kerana abang abang masa tu bukan abang abang yang tahap kegilaannya melampau. Dan untuk pengetahuan korang, abang abang pada tahun itu sangat sangat lah menghormati kami yang adik adik ini. Jadinya memang tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku lah.

Kalau perkara naked, half naked tu biasalah dah namanya budak lelaki kan.. semua open macam tu je.. termasuk lah aku tapi tak sampai naked ok.. half je..haha.. dan perkara ini berlarutan sampai tahun 1998 tu habis.. so memang tak ada perkara yang tidak normal berlaku pada aku..hehe..

Dan pada tahun itu juga aku mula minat ngan penyanyi no.1 Malaysia Siti Nurhaliza dengan lagu dia Wajah Kekasih dan juga Ziana Zain Puncak Kasih.. Tiap kali malam lepas study kat dewan makan aku and the geng geng akan nyanyi lah lagu.. of coz aku lah lebih sikit.. memang kecoh lah satu asrama tu.. lupa pula nak mention aku duduk Asrama A..hehe.. sampaikan pada satu tahap kena pukul kat betis sebab bising sangat..haha.. but itu tidak habis kat situ balik balik lagu tu juga dan juga lagu kumpulan Spoon tangkap leleh beb.. Lagu Noraniza Idris.. bedal je semua lagu then nyanyi buat ala ala konsert. Budak darjah 2 bila dibawa oleh geng geng yang tua setahun dua memang akan gila gila macam aku lah..hehe.. semua orang buat aku ikut.. tak tau takut masa tu..hehe..

Sampailah sekarang kalau aku cerita dengan member member aku yang lain masih boleh tergelak sampai sakit perut betapa lama long term memory aku ni berfungsi.. perkara ini berlaku almost 17 tahun tapi disebabkan kenangan yang indah jadinya dia tetap akan utuh dan kekal kat situ.. sesungguhnya merindui kehidupan semasa kanak kanak aku.. kalau boleh nak je kembali ke tahun itu..hehe.. tapi apa boleh buat.. masa berjalan dan terus berjalan dan beredar tanpa kita perlu minta untuk behenti.

*****************************************************************
Ok sampai di sini dulu ok.. sorry lah kalau part 2 pasal asrama ini boring..hehe.. nanti aku kisahkan part yang terakhir ok.. Dormitory 3 n 4.. aku rangkupkan sekali ok..

Hint : Cinta Tiga Segi..hahaha dan Aku bahagia
****************************************************************

Adios and Chawwwwwwwwwwwwwwww
Buenas Tardes
Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, 31 January 2015

Dormitory

Hai semua terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini.
So sebelum aku memulakan bicara, tengok tajuk di atas?? Dormitory? atau Asrama.. Haha..Sebenarnya aku nak kisahkan cerita aku sebenarnya..hehe..  Mungkin betul cerita sesetengah blog yang aku selalu baca.. semuanya bermula di ASRAMA..

***********************************************************

Aku mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1997 di mana melangkah masuk ke darjah 1 di sebuah sekolah di Sarawak. Untuk pengetahuan korang semua, aku tidak pernah menjejakkan kaki ke alam pra sekolah kerana keadaan tempat yang aku tinggal pada masa itu sangat lah jauh dengan tempat pra sekolah. So memang tahun 1997 itulah aku mula mengenal semua huruf huruf dan angka angka matematik, membaca, mengeja dan menyanyi. Dan aku bangga dengan itu sebabnya sekarang aku berjaya membuktikan tanpa pendidikan awal, aku mampu ke menara gading (hehehe).

So, berbalik ke cerita aku tadi, sebenarnya aku tidak mempunyai pilihan untuk tidak menetap di asrama sekolah kerana aku tinggal di rumah panjang dan jauh dari sekolah dan hanya menggunakan bot untuk balik ke rumah panjang. So mau tak mau rindu setengah mati ngan family memang kena tinggal di asrama sekolah. Itulah bagaimana aku boleh tinggal di asrama.

************************************************************

Ok, sekarang aku mulakan bercerita ye... aku nak fokus apa yang berlaku kat ASRAMA sahaja ok..hehe

1st time aku tengok dick orang lain ialah pada waktu itulah darjah 1 dan dick tu punya budak darjah 6 kiranya senior sekolah dan dia merupakan pengawas asrama.Cerita dia begini waktu tu waktu malam dan lampu belum dioffkan kerana belum tiba masa untuk ditutup dan Abang darjah 6 tu asyik panggil aku untuk turun ke bawah lebih tepat ke bed dia, aku tidur di bed atas ngan member rumah panjang aku dan kebetulan member aku tu darjah 6 juga.. hensem tau..heheh.. ok dia panggil aku pun turun lah ke bed dia, aku duduk bersila depan dia, kitang berborak borak sampai lah satu tahap dia tanya,

"ko nak tengok tak aku punya barang?" 
dia tanya aku, aku yang innocent comel loteh ni (hehehe) apa lagi aku cakaplah
"ok tunjuklah"

apa lagi abang tu pun bukalah  panties dia, lebih tepat selak je..hehe.. gosh dalam hati aku besarnya.. tu belum lagi dalam keadaan ereksi.. last last aku cakap direct ngan dia
"besarlah barang abang"
 Abang tu pula sengih sengih, sukalah tu kena puji.. tapi memang besar... tak tipu..hehe
Tapi tak jadi apa pun malam tu aku ngan dia hanya tidur dan dia peluk aku dari belakang dan of course lah rasa bonjolan dia tu sampailah ke pagi..hehehe

Tu kisah tahun pertama aku di asrama, dan di sini terus terang aku katakan tak banyak benda berlaku pada tahun pertama tu. dan banyak kenangan manis berlaku di luar asrama.. contohnya crush bagai lah ngan budak darjah 6 diarang ni kebanyakannya budak harian dan hensem hensem dan atlet sekolah lagi tu..aku pun atlet tapi untuk rumah sukan je..hhehehe.. ada sekali tu kelas aku dan kelas crush darjah 6 tu sama menang untuk kelas terbersih dan tercantik kiranya seri aku ngan dia sama bangun ambik siap bersentuhan tangan.. best pula.. senyum senyum angkat sendiri kotak hadiah...haha.. kalau ingat balik kejadian tahun 1997 tu memang happening lah..hehe... dan dari situ lah aku mula menyedari diri aku tidak sesempurna insan lain..hehe

Part seterusnya aku ceritakan di lain hari k.. ada lagi 2 part k...hehe


so sebelum aku berlalu,, buenas noches
chawwwwwwwwwww... muahhhhhhhhhhhh

Friday, 23 January 2015

Feeling empty

Hai.. selamat malam semuanya

Sangat sangat kosong jiwa sekarang ini
Terlalu banyak khilaf dan kesilapan diri ini lakukan terutamanya kepada keluarga
Walaupun teleh menggembirakan dan membanggakan mereka dengan segulung ijazah namun masih juga mengecewakan meraka terutama di sisi gelapku
Biarpun perasaan itu belum cukup subur tapi ia lebih menjurus kepada itu, tapi apa daya aku? salah kah aku, andai saja mereka tahu aku begitu. apa akan terjadi?
Pernah satu ketika aku mendengar sendiri percakapan itu dan membuatkan aku tergaman, seluruh jantungku luruh sebaik sahaja tutur bicara itu selesai menuturkannya
Andai saja mereka tahu..


Hari ini satu lagi kesilapan telah aku lakukan
Kerana aku begitu marah dengan orang yang memperbodohkan family aku
Tempiasnya aku lemparkan kepada mereka sehinggakan aku tidak mampu berfikir dengan waras dan juga akal yang rasional
Hendak disesali semuanya sudah terlambat..
Maafkan aku seandainya aku sentiasa menyusahkan seperti tutur bicaramu
Selepas ini tidak akan aku menyusahkan kamu semua
Maafkan aku sekali lagi.....


Sesungguhnya..
Sekiranya aku bisa undurkan waktu dan berbalik ke waktu di mana aku mengenal erti gelapku dan kesilapanku
Akan aku lakukan
Dan aku pasti akan melarikan diri dari semuanya,
Ya, akan aku berbuat sedemikian agar ku bisa melupakan apa yang telah terjadi di masa lalu, kelmarin, semalam, dan hari ini dan kemungkinan juga esok
Biarkan saja aku jauh dan menjauhi
Jangan mudah untuk mencari aku lagi..
Bila kejayaan kedua ku menyusul maka aku akan mencari kalian semua
Jangan ratapi aku ye.......




sehingga kita bersua kembali
salam sayang khas buatmu familia
muahhhhhhhhh... chawwwwww... buenas noches

Wednesday, 21 January 2015

Miss Universe 2014

Im back again with the new breath, new life, semua nya baru lah...hahaha

ok then, tajuk hari ni pasal MISS UNIVERSE 2014..hehe
untuk pengetahuan korang semua, saya memang minat dengan dunia ratu cantik and yesss, i'm a fanatic fans of the pageantry because the beautiful lady, gorgeous outfit and stunning catwalk.

so tahun ini wakil kita untuk kali ini adalah Sabrina Beneett yang telah dipilih pada penghujung tahun 2013 yang dimahkotakan oleh ratu sebelumnya iaitu Carey Ng yang mana sekarang dia merupakan National Director of MUMO.

Sabrina Beneett currently in Miami Florida
So esok pagi merupakan detik detik terpenting untuk ratu kita ini kerana esok merupakan hari penentuan untuk masuk ke top 15.. di mana dia akan memperagakan Evening Gown daripada FIZIWOO (nantikan esok pagi ye untuk EG tersebut kerana masih lagi rahsia) dan untuk Swimsuit disponsor oleh official sponsor Yamamay Collections..





Evening Gown by FIZIWOO




During her Bikini Yamamay Fashion Shows

Her GlamShot by Yamamy Swimwear

SwimwearShot by Yamamay


So apa lagi rakyat Malaysia... doakan dia berjaya dan mengakhiri kemarau Malaysia selama 43 tahun tidak pernah layak ke top 15... so finger cross to you Sabby... wish you luck and all the best... Jumpa nanti pagi ye... around pkul7pg di http://www.missuniverse.com/... livestreaming :)


sampai berjumpa lagi..
Muahhhhhhhhhhh... chawww dulu... buenas tardes...hehe

Friday, 16 January 2015

Other Blog

Hai semua..apa khabar malam ni? sihat? baguslah kalau dalam keadaan sebegitu dan semoga akan berkekelan untuk hari hari yang berikut nya.. smile k..hehe

Selesai dengan mukhadimah di atas..hehe.. saya lanjutkan dengan tajuk post terbaru saya ok iaitu berkaitan dengan blog yang lain yang saya minati dalam diam kecuali untuk blog Mr Nu'maN sebab untuk post dia di tahun 2015 ini saya selalu komen sebabnya saya suka..hehe

Majoriti blog yang saya baca adalah berkaitan dengan kehidupan mereka dalam dunia PLU ini. Secara jujur nya saya sangat sangat kagum dengan apa yang diperkatakan dalam blog mereka. Sebenarnya kan pada pendapat saya di sini lah mereka dapat meluahkan apa yang mereka rasakan dalam kehidupan mereka. Baik yang buruk,yang manis, yang pahit semua nya membuatkan saya ingin berkenalan dengan mereka di alam maya tapi itulah adakah mereka sudi? saya pun tertanya tanya pada soalan yang sama kerana bagi golongan PLU ini untuk tidak terlalu expose dalam kehidupan sebenarnya sangat sangat dititikberatkan melainkan memang anda seorang yang berani untuk berada di tengah public sambil bercintan cintun. To me BIG NO..haha konon lah tu kan..haha

And paling yang membuatkan saya tertarik untuk melekat pada satu satu blog adalah novel atau cerpan yang ditulis oleh empunya blog.. sampaikan saya sanggup tidur di waktu subuh takpun sampai pagi semata-mata untuk menghabiskan kesemua chapter yang dikarang..see totally crazy kan.. btw saya suka membaca samaada bahan ilmiah or bukan..hehe so maybe disebabkan itu kot..hehehe

Btw kekadang tertanya tanya saya sebagai seorang reader, adakah seindah itu sesebuah hubungan dalam hubungan PLU nie? adakah seindah novel mahupun cerpan? daripada yang saya perhatikan dan amati hubungan itu hanya lah berdasarkan keseronokan semata mata, tak ada komitmen langsung dan yang paling tak boleh blaaa tukar tukar pasangan nak nak lagi yang hot stuff nak je bagi pelempang..kononnya hot stuff tu..haha.. sangat susah untuk mencari yang betul memberikan komitmen.. so lagi bagus being single man..hehe.. btw kepada yang dah ada pasangan tu jagalah betul bagi komitmen yang sepatutnya jangan dorkk flirting kat sana sini.. be humble sudah ingatkan diri sendiri yang awak tu dah yang terbaik.. so im happy to all of u lah..hehe..


until we meet again ok guys.. tu je yang saya nak sharing ngan kamu semua.. kalau tak menarik jangan marah aa.. my personal opinion katakan..hehe..


salam sayang and buenas noches
MUAHHHHHHHHHHHH and Chawwwwwwwwwww

Thursday, 15 January 2015

FATSO

Hai Guys.. bertemu kita kembali dalam ruangan maya ini..hehe..
Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini, masih lagi dalam pembikinan and im not a expert to do something great on my blog.. so dont expect too much from me..hehe

So dah tengok tajuk kan.. itulah yang akan saya bicara hari ini,, actually mengenai kehidupan saya..hehe
Yupp, saya bukanlah seperti yang anda bayangkan yang punya badan ketak2, sixpack tau sebagainya tinggi pun ala kadar je tapi bukanlah rendah sangat.. bolehlah untuk lelaki asia n malaysia..hehe..

kita mulakan cerita okay.. harap tidak bosan lah..hehe.. actually dah belasan tahun saya dalam keadaan badan yang besar dan melebihi badan yang sepatutnya. sangat sangat meletihkan sebenarnya untuk saya hadapi.. dari zaman sekolah sampailah habis pengajian saya di universiti tetap dalam keadaan yang sama.. sampaikan untuk saya mencari pakaian yang sesuai dan nampak ranggi sangat sangat lah sukar dilakukan.. untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan memang saya tidak menyertai nya.. kerana apa? kerana berat dan stamina yang tidak ada pada saya.. tengok tragis tak??haha

so..at the end let it be itulah apa yang saya fikirkan.. janji sentiasa yakin dan percaya diri.. saban hari saya hadapi dengan sabar dan kawan sentiasa ada disisi, kami enjoy sesama diri, kami terima diri sendiri seadanya dan tidak mempelekehkan antara satu yang lain (kalau kat belakang tak tahu lah,hehe).. dan akhir 4tahun berlalu syukur lah semua nya saya hadapi dengan tenang dan berjaya even saya tidak banyak exposekan diri dengan kehidupan di universiti.

so kepada anda yang mempunyai masalah seperti saya, berubah lah untuk the better life ok.. jangan lambat sangat.. jangan cepat mengalah.. keep fighting.. anda berubah pasti orang sekeliling akan terpegun nanti nak nak lagi dalam kehidupan PLU.. haha (so what u think of me now? straight or??)
hahaha

until we meet again.. adios amigos..
MUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH... chawwww



Thursday, 8 January 2015

GayRadar...

Hello guys.. im back again..
See my post title?? something like tacky right?haha..
The main reason the title be my newest post because i can feel the aura of homo guys.. i dont know why but it kind a natural feeling indeep of my heart... haha.. sound like funny but that is the fact...haha

so what your first feedback when i telling about this?haha... mind to share here? i will reply.. u can write in malay or bi.. but i rather malay than eng..hehe.. opppss.. i know, no one reads this blog..haha.. very funny me..

so until we meet again.. good night..

actually i'm  busy with miss universe 2014 pageant now..hehe.. as a viewer...hehe.. later i will bring this topic on ok..

almost 1am

bye

Tuesday, 6 January 2015

Getaran Jiwa

Perasaan sayang kian mekar..
Kasih datang tanpa diundang..
Setiap kali itulah getarannya sentiasa menjerat diri..

Sesungguhnya tidak bisa dihalang perasaan suci itu..
Tapi adakah berdosa
Jika aku mekarkannya walaupun aku tahu dia jauh di atas..

Dan aku tahu aku hanyalah titisan embun pagi
Yang terumbang ambing dalam mengatur langkah hidup
Sedangkan dia sudah jauh di atas..

Sabarlah wahai hati..
Sesungguhnya aku lemah..


Friday, 2 January 2015

New Year 2015

Wahhhhh...
Dah tahun baru nampaknya.. begitu cepat tahun 2014 meninggalkan kita tanpa ada bicara dan sekatan, dia berlalu dan berlalu.. so tidak terlambat lah untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua nya terutamanya kepada keluarga dan sahabat sahabat..


So, what is your planning for this year? married? engagement? or something that more interesting?

if u asking how about me, the answer is for better life.. just be myself and hopefully will get job soon coz for what studying if not for hunting a job... so i hope ministry of education will do their part lah.. if not who's will pay my ptptn debt.. seriously talking about this debt, they be haunting me so much.. but before i getting the a job.. i will do enjoy my vacations in my house with the families..huhu

so.. i will keep continued to writing in my blog.. nothing interesting.. it's just my hobbies to keep writing so i don't forget how to write later..haha